BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 15 July 2011

penyakit kencing manis

WELCOME!!!


Kurangkan Pengambilan Gula
Apakah itu GULA?

Gula ialah bahan yang menambah kemanisan dalam makanan dan minuman. It wujud secara semulajadi dalam makanan atau ditambahkan semasa penyediaan makanan dan minuman atau ketika proses pembuatan.



Gula yang paling kerap dijumpai ialah gula putih bertapis yang diperbuat daripada tebu. Jenis gula ini sering digunakan untuk memaniskan pelbagai jenis minuman seperti kordial, sirap, minuman berkarbonat dan jus buah-buahan. Gula juga ditambah sebagai pemanis dalam biskut, jem, kek, coklat, aiskrim dan makanan lain.



Pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi terlalu banyak gula yang ditambah boleh menyebabkan masalah kesihatan.



Jenis Gula

1) Gula Semulajadi

Gula yang terdapat dalam makanan secara semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran (starchy vegetable), susu dan produk tenusu.



2) Gula Tersembunyi

Gula yang ditambah ketika penghasilan dan penyediaan makanan dan minuman seperti dalam masakan, kek dan konfektionari.



Kesan Gula Terhadap Kesihatan

1. Meningkatkan risiko berat badan berlebihan dan obesiti yang boleh menyebabkan penyakit diabetes (kencing manis) dan penyakit jantung

2. Mengganggu sistem gastrointestinal badan

3. Menggalakkan pembentukan karies gigi

4. Menyebabkan kekurangan nutrien kerana keinginan individu untuk mengambil gula yang berlebihan dari makanan yang berkhasiat.



Tip-Tip Mengurangkan Pengambilan GULA

1. Kurangkan pengambilan makanan manis seperti kek, biskut, coklat, aiskrim, dan snek berperisa.

2. Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan jus buah-buahan yang ditambah gula.

3. Kurangkan atau elakkan pengambilan gula dalam minuman teh atau kopi.

4. Kurangkan gula dalam resipi masakan.

5. Baca label makanan dan pilih produk yang ada kandungan gula yang rendah atau tiada langsung.

6. Makan buah-buahan sebagai pencuci mulut atau kurangkan makanan pencuci mulut yang mengandungi gula yang tinggi.

HADKAN PENGAMBILAN GULA KEPADA 10 SUDU TEH SAHAJA SEHARI


Apakah itu GULA?

Gula ialah bahan yang menambah kemanisan dalam makanan dan minuman. It wujud secara semulajadi dalam makanan atau ditambahkan semasa penyediaan makanan dan minuman atau ketika proses pembuatan.



Gula yang paling kerap dijumpai ialah gula putih bertapis yang diperbuat daripada tebu. Jenis gula ini sering digunakan untuk memaniskan pelbagai jenis minuman seperti kordial, sirap, minuman berkarbonat dan jus buah-buahan. Gula juga ditambah sebagai pemanis dalam biskut, jem, kek, coklat, aiskrim dan makanan lain.



Pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi terlalu banyak gula yang ditambah boleh menyebabkan masalah kesihatan.



Jenis Gula

1) Gula Semulajadi

Gula yang terdapat dalam makanan secara semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran (starchy vegetable), susu dan produk tenusu.



2) Gula Tersembunyi

Gula yang ditambah ketika penghasilan dan penyediaan makanan dan minuman seperti dalam masakan, kek dan konfektionari.



Kesan Gula Terhadap Kesihatan

1. Meningkatkan risiko berat badan berlebihan dan obesiti yang boleh menyebabkan penyakit diabetes (kencing manis) dan penyakit jantung

2. Mengganggu sistem gastrointestinal badan

3. Menggalakkan pembentukan karies gigi

4. Menyebabkan kekurangan nutrien kerana keinginan individu untuk mengambil gula yang berlebihan dari makanan yang berkhasiat.



Tip-Tip Mengurangkan Pengambilan GULA

1. Kurangkan pengambilan makanan manis seperti kek, biskut, coklat, aiskrim, dan snek berperisa.

2. Kurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan jus buah-buahan yang ditambah gula.

3. Kurangkan atau elakkan pengambilan gula dalam minuman teh atau kopi.

4. Kurangkan gula dalam resipi masakan.

5. Baca label makanan dan pilih produk yang ada kandungan gula yang rendah atau tiada langsung.

6. Makan buah-buahan sebagai pencuci mulut atau kurangkan makanan pencuci mulut yang mengandungi gula yang tinggi.

HADKAN PENGAMBILAN GULA KEPADA 10 SUDU TEH SAHAJA SEHARI

Perubahan Cara Hidup
Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.

Pemakanan
Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
Senaman
Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
Penjagaan berat badan
Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
Pemeriksaan diri sendiri
Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.
Pemeriksaan Doktor dan Ubat
Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.
Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
- Jangkitan kuman atau kencing kotor
- Kerosakan buah pinggang
- Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.

MENGELAK KENCING MANIS

Mengelak Kencing Manis
1. Perubahan cara hidup
* Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance – IGT), atau kecacatan puasa glukos (Impaired fasting glucose – IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.
Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: –
2. Pemakanan
* Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.
3. Senaman
Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% – 60%.
4. Penjagaan berat badan
Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.
5. Pemeriksaan diri sendiri
Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.
6. Pemeriksaan oleh doktor secara tahunan
Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% – 85%.
7. Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Diabetes tidak ada batasan umur. Anda berisiko tinggi menghidapi kencing manis
jika mempunyai perkara berikut:

Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes.
Obesiti iaitu berat badan berlebihan.Anda semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes jika berat anda melebihi berat ideal(BMI)
Impaired glucose tolerance (IGT)-nilai paras gula Borderline
Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
Sejarah kelahiran bayi melebehi 4 kg
Tekanan darah tinggi
Tidak aktif -gaya hidup sedentari
Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .
Periksa paras glukosa atau gula anda dengan Advance Micro-draw atau, hubungi klinik berdekatan.

Komplikasi diabetes

Diabetes adalah masalah kesihatan kronik. Anda perlu menguruskan penyakit diabetes dengan betul untuk mengurangkan komplikasi seperti penyakit jantung atau kardiovaskular, penyakit buah pinggang, buta, penyakit angin ahmar dan penyakit saraf.
Pengurusan penyakit kencing manis yang baik membantu anda mengelakkan atau melambatkan komplikasi diabetes.
Paras gula dalam darah tinggi yang berpanjangan,menyebabkan kerosakan jangka panjang:

Mata
Diabetes menyebabkan pendarahan dalam retina mata.
Ia boleh menyebabkan buta.

Peredaran darah kaki.
Kencing manis menyebabkan kerosakan saluran darah kaki.

Saraf.
Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene

Otak
Angin ahmar atau strok

Buah pinggang.
Kegagalan buah pinggang

Jantung.
Sakit jantung

Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mencegah kencing manis?

Anda boleh mengawal tahap gula dalam darah dengan kaedah- kaedah berikut:

Pengambilan makanan seimbang.
Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah.
Melakukan senaman fizikal.
Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan.
Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
Ubat-ubatan
Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mencegah kencing manis?

Anda boleh mengawal tahap gula dalam darah dengan kaedah- kaedah berikut:

Pengambilan makanan seimbang.

Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah.

Melakukan senaman fizikal.

Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan.

Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.

Ubat-ubatan

Anda memerlukan suntikan insulin, jika anda “insulan dependent diabetes”.

Anda memerlukan ubat hipoglisemia atau insulin untuk menurunkan tahap gula dalam darah, jika anda “non-insulin dependent.”

Petua kencing manis di rumah

Penjagaan umum:

Penjagaan kulit;

Merawat luka dan calar dengan segera.Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh melebehi 3 hari.

Mandi setiap hari dan keringkan semua bahagian badan dengan sempurna.

Penjagaan kaki.
Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki dan basuh kaki setiap hari.
Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
Potong kuku jari kaki . Elakkan dari cekam kuku.
Tukar stokin anda setiap hari.
Gunakan selipar atau kasut apabila berjalan.
Mengawasi diri sendiri.

Pemeriksaan diri sendiri.
Selalu buat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan.
Deria rasa sakit anda berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.

Penjagaan gigi.
Sentiasa periksa gigi anda di klinik gigi berdekatan rumah anda.

Penjagaan mata.
Jalani pemeriksaan mata sekurang-kurang setahun sekali.

Alkohol.
Jangan bebankan organ hati anda dan organ ginjal anda dengan meminuman keras.

Berhenti merokok.
Elakkan bebanan tambahan kepada jantung dan paru-paru anda.

Pemeriksaan sendiri nilai gula.
Lakukan pengawasan glukosa dalam darah sendiri. Kekerapan memeriksa tahap glukosa dalam darah anda membantu keberkesanan cara anda mengawal diabetes.

Rawatan kencing manis semasa keadaan kecemasan:

Anda boleh mengalami simptom-simptom seperti berikut:

Hipoglisemia -apabila tahap gula dalam darah anda rendah.
Tanda-tanda seperti sakit kepala, rasa berputar, ketar tangan dan berpeluh akan anda rasai.
Ia menyebakan anda boleh pengsan atau di serang sawan.
Rawatannya ialah minum air manis atau glukolin atau makan nasi atau roti.

Hiperglisemia – Paras gula dalam darah anda tinggi.
Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
Anda perlu dihantar ke klinik atau hospital untuk rawatan lanjut.

Diabetes Ketoacidosis- gejala kencing manis ini berlaku apabila tahap gula terlalu tinggi.
Ia juga boleh di sebabkan oleh jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan, angin ahmar atau sakit jantung.
Kebiasaanya anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedarkan diri.
Anda dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Apakah yang patut anda lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?

Cara mencegah kencing manis:

Makan makanan seimbang atau diet kencing manis dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengawal kolestrol,mengekalkan berat badan, mengurangkan risiko darah tinggi serta penyakit jantung.

Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.

Kekalkan berat badan yang unggul.Obesiti berkait-rapat dengan diabetes.

Kurangkan makanan karbohidrat dan gula supaya kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet kencing manis terperinci.

Kurangkan berat anda dengan senaman. Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan menambah baik kesihatan jantung dan paru-paru.

Rawatan kencing manis dan pengobatan kencing manis
Pastikan kadar gula dalam darah anda diperiksa secara berterusan. Ini membolehkan anda mengetahui tahap gula dalam darah anda terkawal.

Target anda ialah paras gula berpuasa 4-6 mmo/l dan paras gula selepas 2 jam mengambil makanan ialah kurang dari 8 mmo/l.

La kukan ujian darah HbAc1.
Ujian darah HbAc1 mampu mengambarkan corak purata paras gula anda dalam jangka masa 3 bulan.
Nilai HbAc1 anda mestilah kurang dari 7%. Semak HbAc1 dengan lebih terperinci.
Ujian ini dilakukan oleh doktor anda.

Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.

Pemakanan kencing manis.

Gaya makanan sihat diet kencing manis

Pelbagaikan makanan kumpulan bijiran, ikan, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran
Kandungan makanan berserat tinggi- buah-buahan, sayuran berdaun hijau, kekacang, dan bijiran
Kurang sumber lelemak- butter, marjerin, lard, ghee dan makanan segera.
Kurangkan sumber gula- ambil sedikit minuman ringan, jus kordial, dessert, pastries, jam dan kaya.
Sentiasa mempunyai jadual pemakanan tetap dan tidak berlebihan.
Pastikan anda mengetahui Pengurusan makanan diabetes. Muat-turun pengurusan makanan diabetes.

Penyakit kencing manis atau diabetis mellitus.

Penyakit kencing manis merupakan penyakit kronik. Simptom-simptom kencing manis seperti haus berlebihan, letih serta penurunan berat badan ketara adalah tanda-tanda kencing manis anda tidak terkawal. Anda wajib memantau tahap gula anda didalam julat 4-6 mmo/l semasa berpuasa dan nilai ujian darah HbA1c kurang dari 7%.

Rawatan bergantung kepada jenis penyakit kencing manis. Insulin diperlukan untuk Insulin dependent diabetes. Manakala, ubat hypoglycemia digunakan oleh Insulin non-dependent diabetes.

Komplikasi penyakit diabetes dikurangkan dengan gaya hidup sihat, mengamalkan pemakanan diet kencing manis dan pengambilan ubat-ubat secara teratur.

Pesakit diabetes

PERUBAHAN cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.

•Pemakanan
Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.

•Senaman
Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.

•Penjagaan berat badan
Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.

•Pemeriksaan diri sendiri
Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.

Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.

Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
- Jangkitan kuman atau kencing kotor
- Kerosakan buah pinggang
- Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.

S: saya x pernah mendptkan rawatan dr doktor berkaitan diabetis… tp sya mula merasakan tahap kencing manis sya ada pd diri sya kerana sya kerap membuang air kecil dan minum air O yg banyak… ini kerana sya mempunyai genetik dimana ibu n ayah smuanya ada diabetis.. termsklah kakak dan abang2..
soalannya bgaimana harus sya mulakan dulu untuk mendptkan rwatan ini…
sebelum ini sya bnyk membaca mengenai penyakit ini… ada yg mendptkan ubat pil2 n suntikan insulin…

J: noriz boleh mengambil dR-Betes untuk penyakit kencing manis..Ramuan yang diadunkan dalam dR-Betes ini mampu menghasilkan tenaga dari gula yang terkandung dalam badan, memberikan rasa kenyang dan membentuk otot-otot baru dan mengurangkan sel-sel lemak.ini membolehkan metabolisma badan berlaku secara maksimum dan dapat pula meningkatkan pengeluaran insulin dan mengurangkan rintangan pada insulin..untuk maklumat lanjut noriz boleh layari laman web dRG

Selama ini kita kerap dengar pesakit kencing manis kata bahawa doktor nasihat mereka supaya kurangkan makanan manis, elakkan daripada makan nasi atau makanan yang berkarbohidrat tinggi.

Ramai yang mengikut arahan tersebut 100%! Tetapi keadaan badan pesakit tersebut tidak nampaknya bertambah baik. Malahan, badan pesakit cuma menjadi semakin kurus dan dia menjadi samakin letih dan lemah, dari segi fizikal dan mental.

Apabila keadaan menjadi semakin teruk di mana fungsi organ-organ seperti buah pinggang dan mata menjadi semakin merosot, emosi pesakit akan mula tukar menjadi panas baran dan kerap rasa sedih. Sila bersabar dan cuba fahami dan rasai perasaan mereka. Perubahan emosi atau personaliti pesakit adalah tanda-tanda dia sudah mula putus asa dan masa ini merupakan cabaran yang paling susah bagi keluarga pesakit.



Kisah Hidup Pesakit Kencing Manis Di Klinik ABC…

Pesakit Kencing Manis:

"Dok, kenapa bacaan glukosa dalam darah saya masih tinggi walaupun walaupun saya jaga permakanan saya dan sudah habis makan ubat-ubat yang Dok bagi tu?"
Dok:
"Ohhh… Anda perlu faham bahawa kencing manis ini tidak boleh disembuhkan dan ia merupakan suatu penyakit yang anda terpaksa hidup bersama buat selama-lamanya. Ubat-ubat yang saya bagi tu cuma untuk mengawal keadaan anda sahaja."
Pesakit Kencing Manis:
"Maksud Dok adalah saya terpaksa jumpa Dok setiap bulan untuk mendapatkan ubat-ubat pengawal tu?"
Dok:
"Yah betul. Anda mesti datang ke sini untuk uji bacaan gula darah anda dan ambil ubat anda"
Pesakit Kencing Manis:
"Apa!? Maksudnya setiap bulan saya terpaksa datang untuk dapatkan ubat atau suntikan yang mahal tu sungguhpun ia terbukti tidak boleh menyembuhkan masalah kencing manis saya?"
Dok:
"Mmm… Nampaknya ia merupakan satu-satunya pilihan yang ada pada kamu."
Pesakit Kencing Manis:
"… … …"
Hakikatnya… Anda rasa doktor atau pakar-pakar lain akan rekomenkan cara (jika dia tahu) yang boleh sembuhkan masalah kencing manis anda? Mungkin ada segolongan kecil pakar yang betul-betul ikhlas akan cuba cari penyelesaian untuk masalah anda, khasnya kalau dia sendiri sedang rasai kesengsaraan kencing manis ini.

Malangnya, bukan senang untuk bertemu dengan doktor yang betul-betul mengambil berat tentang masalah kamu. Ini hakikat hidup, mereka memang tiada masa untuk kaji secara mendalam tentang penyakit kencing manis ini. Kerja mereka adalah ikut standard prosedure yang dipelajari bertahun-tahun lepas. Penyakit ‘A’, guna Ubat ‘A’. Penyakit ‘B’, guna Ubat ‘B’. Bacaan gula darah tinggi sangat? Suntik insulin saja!

Ini bukan hendak kutuk pihak tertentu, tetapi anda tengok sendiri apa yang jelas. Mereka untung berpuluh-puluh atau ratusan ringgit dalam masa beberapa minit saja dengan ulangi benda yang lebih kurang sama. Mereka tinggalkan pejabat dengan kereta mewah balik ke rumah besar mereka, manakala anda perlu merangkak masuk dan melompat keluar klinik dengan kaki dan dompet yang sakit!

Jangan salahkan doktor anda atas kegagalan untuk membasmikan masalah kencing manis anda, ini adalah kerana mereka berada di dalam satu sistem perubatan yang dipengaruhi oleh syarikat-syarikat pembuat ubat dari negara barat. Syarikat-syarikat inilah yang menaja kebanyakan kajian sains perubatan dan penciptaan ubat baru di institusi-institusi pendidikan perubatan.

Doktor-doktor moden yang kita jumpa sekarang adalah Pakar Perubatan yang dihasilkan oleh institusi-institusi perubatan yang disokong oleh korporat-korporat perubatan besar secara tidak langsung. Jadi, ia sudah jadi satu kebiasaan atau kewajiban bagi para doktor untuk guna macam-macam ubat dalam amalan mereka. Kalau tiada ubat dijual, tiada keuntungan yang boleh digaut dan seluruh sistem perubatan moden akan runtuh!

Sejak kecil lagi, kami sudah disuap dengan satu anggapan bahawa kita mesti pergi jumpa doktor dan ambil ubat apabila kita sakit. Anggapan ini mempunyai impak yang begitu besar sehingga ia turut menjadi satu kewajiban bagi semua orang untuk jumpa doktor apabila badan kita rasa kurang selesa.

Apabila ‘kebiasaan’ doktor untuk mengguna ubat bertemu dengan ‘kebiasaan’ kita untuk jumpa doktor, maka wujudlah satu industri yang sungguh menguntungkan, khasnya bagi syarikat-syarikat perubatan dari negara barat.

Berikut adalah satu video ringkas dokumentari mengenai perubahan cara permakanan manusia zaman moden dan kesan pengunaan ubat yang berleluasa di Amerika Syarikat. Perlu difahamkan bahawa keadaan yang sama turut berlaku di seluruh dunia:


"Anda Merupakan Apa Anda Pernah Makan"

Masalah kencing manis yang anda dapat sekarang adalah berpunca daripada makanan yang anda telah makan sejak bertahun-tahun lepas. Kencing Manis BUKAN satu penyakit, ia cuma merupakan satu simptom atau tanda bahawa badan anda sudah menjadi semakin berasid.

Kalau kencing manis itu merupakan satu penyakit seperti selesama atau wabak, ia patut sudah lama menjangkiti ahli keluarga anda. Hakikatnya, diabetes tidak menjangkit! Diabetes bukan disebabkan oleh virus atau bakteria! Jadi, apa fungsi ubat-ubat kencing manis yang doktor bagi itu?

Untuk tujuan pengawalan paras gula dalam darah (khasnya selepas makan), anda memang perlu ambil ubat-ubat tersebut untuk kurangkan keradangan dan kesakitan, tetapi anda tidak boleh bergantung kepada ubat-ubat tersebut buat selama-lamanya. Ini adalah kerana ubat-ubat kimia tersebut mungkin menimbulkan kesan sampingan di mana doktor sendiri pun belum tahu lagi.

Pernahkah Doktor Anda Ceritakan Ini Kepada Anda?

Peringkat – peringkat Perkembangan Kencing Manis yang Sungguh Menyedihkan!

Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

Kandungan gula dan toksik yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.



Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Panas dan Dahaga

Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air ‘diserap’ keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air.



Peringkat Ke-3: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.



Peringkat Ke-4: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama

Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah kencing manis akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.



Peringkat Ke-5: Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas

Ini merupakan tanda sel-sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.



Peringkat Ke-6: Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.

Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.



Peringkat Ke-7: Gangrene Bernanah Mulu Muncul di Hujung Jari Kaki

Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang ‘perfect’ untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Tentera bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat…



Peringkat Ke-8: Jakitan Gangrene Merebak, Bakteria Sudah Makan Daging Sampai Tulang Terdedah!

Jangkitan bakteria yang tidak terkawal, penyelesaian (sementara) adalah… Potong! Mula-mula potong tapak kaki dulu. Kalau jangkitan masih merebak naik, potong betis, kemudian paha…



Peringkat Ke-9: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau… Buta!



Peringkat Ke-10: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.



Peringkat Kesembilan: Peringkat Terakhir?

Pergi ke hospital dan lihat dengan mata sendiri, bagaimana nyawa mangsa-mangsa kencing manis berakhir… Sungguh menyedihkan!



Peringkat perkembangan Kencing Manis (Jenis 2) memang boleh dijangka! Selepas anda ketahui Punca Sebenarnya… Anda akan faham bagaimana semua itu terjadi.

Jika perkembangan Kencing Manis ini boleh dijangka, maksudnya memang terdapat aatu Akar Umbi yang boleh dikenalpasti dan dimusnahkan.

Maksudnya…

Kencing Manis (Jenis 2)

Boleh Disembuhkan!!!

Semakin Awal Anda Mengambil Tindakan, Semakin Cepat Ia Disembuhkan. Jangan Tangguhkan Sampai Peringkat Yang Terakhir, Masa Itu Memang Terlambat Sudah…

___________________________________________________________

Bagaimana Kencing Manis (Jenis 2) Terjadi?

Sila fahami bahawa terdapat 2 jenis penyakit kencing manis, iaitu Diabetes Type 1 dan Diabetes Type 2. Antara semua pesakit kencing manis, yang menghidap Kencing Manis Jenis 1 cuma terdiri daripada lebih kurang 5%, manakala 95% adalah mangsa yang menghidap Kencing Manis Jenis 2.

Kencing Manis Jenis 1 adalah berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu memang dilahir dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Jenis 1 biasanya boleh dikesan pada bayi atau budak yang muda.

Kencing Manis Jenis 2 pula adalah jenis kencing manis yang kerap kita jumpa. Ia biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini, terdapat ramai orang berumur sekitar 30-an sudahpun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi.

Berlainan daripada Kencing Manis Jenis 1, saintis atau para pakar perubatan masih tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan penyakit Kencing Manis Jenis 2. Apa yang mereka mengenalpasti sekarang adalah bahawa Kencing Manis Jenis 2 adalah disebabkan oleh masalah Rintangan Insulin.

Apa itu Rintangan Insulin? Sila tengok video ilustrasi di bawah sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut.

Rintangan Insulin adalah satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut dengan reseptor pada permukaan membran sel untuk membuka laluan (Glucose Channel) yang membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan.

Rajah di atas menunjukkan keadaan operasi insulin yang normal bagi orang yang sihat. Selepas kita makan, kandungan gula di dalam darah akan meningkat dan apabila badan mengesan peningkatan ini, ia akan mengarah pankreas untuk merembeskan lebih banyak insulin untuk menghantar bekalan glukosa yang datang tiba-tiba ini ke dalam sel-sel badan untuk menghasilkan tenaga atau disimpan dalam sel adipos dalam bentuk lemak.

SUMBER:

http://www.smartconsumer.my/index.php?option=com_content&view=article&id=317%3Akurangkan-pengambilan-gula&catid=34%3Amakanan-dan pemakanan&Itemid=18

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/63-k-penyakit-kencing-manis/637-mengelak-kencing-manis.html

http://www.cybermedik.com/kencing-manis/tip-rawatan-kencing-manis-muka2

http://drrozmey.wordpress.com/2010/05/24/cara-mengawal-kencing-manis-diabetes/

http://www.rawatankencingmanis.com/

THANKS FOR COMING

SEE YOU AGAIN

0 comments: